fbpx

Terima permohonan maaf Victor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA mencetuskan kontroversi apabila mengenakan jersi dengan bendera Malaysia terbalik ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) di Hangzhou, China baru-baru ini.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa pihaknya berpuas hati dengan permohonan maaf daripada pengeluar pakaian sukan berjenama Victor berhubung insiden Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berpuas hati dengan permohonan tersebut dan enggan memanjang isu berkenaan kerana yakin bahawa Zii Jia tidak berniat untuk menghina negara.

Bagaimanapun, Hannah menuntut pengurus dan atlet-atlet lain agar mengambil serius isu itu bagi mengelakkan kesilapan sama berulang di masa hadapan.

“Permohonan maaf telah dibuat dan saya tahu Zii Jia tidak berniat untuk memalukan negara. Oleh itu, permohonan maaf itu diterima.

“Namun, kami ingin mengingatkan semua atlet untuk mengambil perkara ini dengan serius dan memastikan ia tidak berulang. Buat masa sekarang permohonan maaf telah dikeluarkan oleh Victor.

“Saya belum semak (jika Zii Jia dan pasukannya telah mengeluarkan permohonan maaf) sejak kejadian itu dan bagi saya, buat masa ini ia telah memadai,” kata Hannah selepas sidang media di Menara KBS, Putrajaya semalam.

Tambah Hannah, dia juga menuntut Majlis Sukan Negara (MSN) untuk merangka garis panduan mengenai kod etika bagi mengelak insiden tersebut tidak berulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI