fbpx

Tampil cantik dan yakin dengan ekstrak mawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menonjolkan warna merah jambu yang berani, rangkaian produk VenusRose terdiri daripada pelindung suria, pelembab, serum, pencuci muka dan lain-lain.

Pada zaman serba moden dan pantas ini, semua wanita pasti mahukan rangkaian produk meliputi kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri yang berkesan.

Ia sekali gus dapat membantu wanita mempersiapkan diri dan senantiasa tampak sihat, anggun dan meyakinkan meskipun sibuk sepanjang hari.

Apabila berbicara tentang produk kecantikan di pasaran, pelbagai produk ditampilkan dengan masing-masing menerapkan penggunaan ramuan dan bahan tersendiri.

Sebuah syarikat bumiputera juga tidak ketinggalan memperkenalkan rangkaian produk kosmetik, kecantikan dan kesihatan khusus buat wanita berusia 18 hingga 50 tahun.

Pengasasnya, Tiara Suraya Rahman A Scott berkata, Venus Rose merupakan jenama baharu yang kini berada dalam pasaran kosmetik Malaysia.

“Kami amat mementingkan kualiti dan produk-produk kami harganya mampu milik walaupun menggunakan bahan-bahan yang premium dan berkualiti tinggi antaranya ekstrak bunga mawar segar.

“Setiap produk Venus Rose menggunakan bahan-bahan yang tertentu berdasarkan fungsi-fungsinya tersendiri. Semua bahan kami diperoleh dari Korea Selatan dan Switzerland,” katanya.

Berkongsi lanjut, Tiara Suraya berkata, Venus Rose memberi tumpuan kepada kemampuan dan kebolehcapaian penjagaan kulit berkualiti tinggi.

“Kami menonjol dengan warna merah jambu yang menarik dan berani sekali gus mewakili kekuatan dan keyakinan seorang wanita apabila mereka menjaga kulit dan bersinar dari dalam ke luar.

“Venus Rose boleh digunakan oleh semua demografi, tetapi terutamanya dipasarkan kepada wanita berumur antara 18 hingga 50 tahun,” katanya.

Diaju mengenai kajian dan pembangunan (R&D) ke atas produk, Venus Rose telah melalui proses itu selama 12 bulan. Ia termasuk dari aspek merancang, menguji dan mencipta formulasi sebelum benar-benar selamat digunakan pengguna di pasaran.

“Meskipun masih baharu di pasaran dan bakal memasuki usia setahun Januari depan, kami tetap optimis menawarkan rangkaian produk terbaik termasuk pelembap, serum, pencuci muka, pelindung suria dan produk makanan tambahan (lemonlux digestive cleanse jelly).

“Buat masa sekarang, ia boleh didapati di TikTok Shop atau dipesan melalui WhatsApp di talian 017-871 0708.

“Dari segi perancangan, tahun depan kami akan mengemas kini laman web untuk penggunaan yang lebih mesra pelanggan,” katanya.

Tambah Tiara Suraya, syarikat sentiasa menawarkan diskaun bermusim untuk semua barisan produk berkualiti mereka agar dapat dinikmati semua pengguna pada harga berpatutan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut layari Instagram @venusrosebytiarasuraya atau @tiarasurayarose.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI