fbpx

Selebriti miliki dadah: Siasatan dijalankan secara telus – Sasikala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sasikala.

SEPANG – Polis Selangor menjalankan siasatan secara telus ke atas seorang selebriti yang ditangkap kerana memiliki dadah baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, siasatan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, pihaknya ingin menegaskan bahawa dakwaan yang tidak disahkan boleh berpontensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Kami ingin beri peringatan kepada orang ramai agar tidak menyebar kandungan yang tidak sahih,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sasikala berkata, kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam dan telah mendapat arahan menuduh lelaki itu di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI