JIKA 20 tahun lalu, sebut sahaja nama penyanyi dangdut Mas Idayu, pasti ramai yang mudah menyanyi-nyanyi kecil dengan lagu hit nyanyiannya, Senggol Senggolan Cubit Cubitan ataupun Cintaku 100 %. Ironinya hari ini, nama Mas Idayu lebih mengingatkan khalayak dengan jeritan-jeritan vokal nyaring saat melontarkan komen-komen pedas kepada peserta program nyanyian, terbaharu Famili Duo musim keempat yang baru menamatkan persaingan minggu lalu. Saban musim pasti nama Mas Idayu atau nama lengkapnya Masidayu Mesnun, 52, tidak terlepas daripada dihambat kontroversi gara-gara kelantangannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya