fbpx

Pemandu e-hailing tuntut kawalan harga lantai tambang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zailani menyerahkan memorandum kepada Roslan di hadapan bangunan Kementerian Pengangkutan, Putrajaya hari ini. -Foto oleh KAMARIAH KHALIDI / KOSMO!

PUTRAJAYA – Lebih 1,200 pemandu e-hailing di seluruh negara menuntut supaya kerajaan menguatkuasakan kawalan harga lantai tambang perkhidmatan berkenaan secara serta-merta.

Timbalan Pengerusi Gerakan Badan Bertindak Sahabat E-Hailing Malaysia, Zailani Zainuddin berkata, kumpulan tersebut memberi masa selama sebulan sehingga 21 Januari depan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk memberi jawapan balas kepada tuntutan mereka.

Jelasnya, menerusi memorandum yang diserahkan, gerakan itu mengemukakan sebanyak tujuh tuntutan berkaitan tambang dan kadar caj.

“Kita sudah berbincang dengan pelbagai pihak dan minta pandangan daripada mereka, boleh ke menteri kuatkuasakan perkara tersebut, jawapannya boleh.

“Tapi kenapa dibiarkan EHO (syarikat pengendali e-hailing) masuk (campur) dan menghambakan rakyat sampai ke tahap macam ini, ia amat-amat menyedihkan,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Memorandum tuntutan yang telah ditandatangani oleh para pemandu e-hailing itu diserahkan oleh Zailani kepada Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Pengangkutan, Roslan Mohamad.

Terdahulu, kira-kira 50 pemandu e-hailing berhimpun secara aman di hadapan bangunan berkenaan sekitar 30 minit bagi menuntut kerajaan menguatkuasakan tuntutan berkaitan harga lantai tambang perkhidmatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI