WASHINGTON – Seorang pemilik rumah di negeri Florida terkejut apabila menerima saman berjumlah lebih AS$1 juta (RM4.5 juta), lapor portal berita MailOnline hari ini.
Denny Dorcey membeli rumah itu 10 tahun lalu sebelum membaik pulih sepenuhnya kediaman tersebut.
Namun, lelaki itu terkejut selepas apabila menerima saman berjumlah AS$1,097,400 (RM5 juta) kerana pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh pemilik terdahulu rumah tersebut.
“Surat (saman) ini mengatakan bahawa saya berhutang dengan bandar raya Florida lebih AS$1 juta untuk saman pelanggaran peraturan,” katanya.
Surat saman itu memperincikan empat pelanggaran kecil yang dilakukan oleh pemilik rumah terdahulu.
“Perkara kecil seperti (membiarkan) tumbuhan rumpai di garaj kereta,” tambahnya.
Apabila Dorcey memberitahu dia tidak mampu membayar saman yang begitu besar, dia diminta menghubungi agensi kutipan dan berunding tentang penyelesaiannya.
Jumlah bayaran yang menakutkan itu di luar jangkaan Dorcey. Ini kerana walaupun ia bukan salahnya, saman itu tetap menjadi tanggungjawab Dorcey. – AGENSI