fbpx

Jojo mahu jadi orang pertama tumbang Estupinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOJO

KUALA LUMPUR – Jaguh muay thai negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali bersedia untuk menampilkan taktikal perlawanan yang berbeza menjelang pertembungan dengan pencabar dari Colombia, Johan Estupinan di ONE Championship 170 yang akan berlangsung di Impact Arena, Bangkok pada 24 Januari depan.

Walaupun Jojo terkenal seorang yang agresif, petarung berusia 18 tahun ini mengakui kemungkinan dia akan mengubah strategi berlawan memandangkan Estupinan turun dengan status luar biasa.

Tegas Jojo, sekiranya dia berjaya menumbangkan Estupinan, dia akan menjadi petarung pertama yang menumpaskan jaguh Colombia itu yang kini mencatatkan empat kemenangan tanpa sebarang kekalahan.

“Apabila saya menang, saya akan menjadi satu-satunya yang dapat mengalahkannya, jadi itu pasti baik untuk reputasi dan nama saya. Saya datang ke ONE Championship untuk bertarung dengan yang terbaik.

“Saya tidak mahu bertarung dengan lawan yang mudah. Saya mahu bertarung dengan petinju hebat dan menghadapi lebih banyak cabaran. Mengenai strategi perlawanan,  saya rasa tiada masalah dengan gaya saya. Saya hanya perlu membuat beberapa perubahan kecil.

“Bila berdepan Estupinan, saya perlu mengubah sedikit kerana dia seorang petarung yang sukar untuk dibaca. Saya tidak boleh hanya bergerak ke depan atau ke belakang, saya perlu campurkan segala-galanya,” kata Jojo dalam satu sesi sidang media dalam talian kelmarin.

JOJO akan berdepan jaguh Colombia pada 24 Januari nanti.

Dalam pada itu, Jojo turut berkongsi impiannya menamatkan perlawanan dengan cara yang sempurna untuk membawa pulang AS$50,000 (RM225,588.77) sekiranya menewaskan Estupinan dalam tempoh singkat.

“Saya mahu menamatkan aksi pertarungan ini dengan sempurna, 10 saat, bonus 50,000, pulang dan makan ais krim, itu yang saya mahu,” tambah Jojo.

Pada September lalu, Jojo melebarkan rekod kemenangan kepada 6-1 selepas menumbangkan jaguh Mexico, Josue ‘Tuzo’ Cruz seawal pusingan pertama di Colorado, Amerika Syarikat (AS) sekali gus berjaya meraih bonus kemenangan AS$50,000. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI