CANBERRA – Seorang pesohor media sosial di Australia mengundang kecaman orang ramai kerana menawarkan susu badannya kepada rakan sekerja semasa bercuti, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @sarahs_day menunjukkan wanita itu mengepam susu badannya di atas sebuah bot yang bergerak laju.
Dia kemudian memberikan susu tersebut kepada rakan-rakannya untuk dinikmati.
Lebih mengejutkan, perbuatan itu dilakukan demi kandungan laman sosial.
“Mencuba susu badan saya,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan dan mengundang pelbagai komen netizen.
“Saya telah bersalin sebanyak tiga kali tetapi saya tidak ingin minum susu badan saya sendiri,” sindir seorang netizen.
“Tolong padam video ini, saya hampir muntah!” marah netizen lain. – AGENSI