fbpx

GV hanya pentas memalukan penyanyi – Man Bai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Man Bai berkata format pertandingan yang diketengahkan GV dilihat hanya memalukan dan menjatuhkan kredibiliti artis yang bertanding.

KUALA LUMPUR – Bukan platform yang bagus, penyanyi senior Man Bai, menolak untuk terlibat dengan program nyanyian popular Gegar Vaganza (GV) walaupun pernah ditawarkan menjadi penyanyi jemputan baru-baru ini.

Menurut Man Bai atau Abdul Rahman Osman, 57, format pertandingan yang diketengahkan GV dilihat hanya memalukan dan menjatuhkan kredibiliti artis yang ubertanding.

“Baru-baru ini pihak produksi GV ada hubungi saya untuk segmen lagu duet yang katanya pada minggu ini tetapi saya tolak tawaran itu kerana rasa program tersebut memalukan artis. Kenapa mahu merendahkan artis?

“Contohnya, penyanyi Indonesia, Inka Christie yang sudah menang pelbagai anugerah termasuk di Asia Pasifik tersingkit minggu lalu, tidak logik.

“Jangan main permainan begini, saya tidak suka. Kalau mahu cari bakat, biar cara yang betul,” katanya pada majlis sidang media Konsert Mega Hitz 3 Dekad Vol 1, di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, semalam.

Pelantun Kau Ilhamku itu turut mempertikaikan kredibiliti Datuk Ramli M.S sebagai ketua juri apabila tidak menobatkan penyanyi Liza Aziz sebagai peserta terbaik semasa konsert minggu keempat minggu lalu sebaliknya memberikan kepada Ronnie Hussein.

“Bukan itu sahaja, Ronnie menang minggu lalu kerana Ramli kata sudah selalu beri kemenangan kepada Liza.

“Kalau betul Liza layak menang, mengapa takut berikan (kemenangan) kepadanya? Bagaimana dengan usaha yang dilakukan Liza sebelum ini sampai boleh beri dia berada di tempat ketiga? Bagaimana dia menjadi ketua juri?

“Kalau dalam hati dia betul-betul seorang juri dan mahu beri kemenangan kepada yang layak, beri sahajalah,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Man Bai menjadi salah seorang penyanyi yang bakal menjayakan Konsert Mega Hitz 3 Dekad Vol 1 yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 25 Januari nanti.

Konsert itu juga akan dimeriahkan dengan barisan penyanyi lain iaitu Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Nash, Ramlah Ram, Zur Eda, Noorshila Amin dan Amir Masdi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI