fbpx

EFL: Sensasi Jesus julang Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS meledak hatrik ketika membantu Arsenal bangkit menewaskan Palace pada aksi awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji impak yang dipamerkan oleh penyerang sensasi, Gabriel Jesus selepas meledak hatrik untuk menewaskan Crystal Palace 3-2 pada aksi suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Gunners ketinggalan 0-1 pada babak pertama sebelum Jesus menaikkan semangat rakan-rakan dengan meledak tiga gol sekali gus membantu pasukan melangkah ke separuh akhir.

Menurut Arteta, apa yang dilalui oleh Jesus bukan mudah kerana dia hanya menjaringkan satu gol dalam tempoh sembilan bulan lepas ketika bertemu Preston dalam aksi Piala EFL bulan lalu.

“Saya harap Jesus dapat menjadikan kemenangan ini sebagai anjakan dalam kariernya bersama pasukan kerana dia adalah pemain yang berkualiti tetapi masih gagal menjaringkan gol secara konsisten.

“Namun, kali ini situasi berbeza apabila dia menunjukkan ketajaman di depan gawang gol dan saya harap dia akan terus menjadi aset pasukan sehingga penghujung musim nanti,” kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Sementara itu, Arteta turut berpuas hati dengan pencapaian pasukan apabila misi untuk melangkah ke separuh akhir menjadi kenyataan dengan fokus utama untuk mara ke final buat kali pertama sejak edisi 2018.

“Ini bukanlah perlawanan yang mudah apabila pasukan terpaksa bangkit daripada ketinggalan dengan pemain menunjukkan semangat juang tinggi. Kini, kita ada di separuh akhir dan fokus pasukan adalah mara sejauh mungkin,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN