fbpx

Bekas pemain kebangsaan digantung BWF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIEW Daren digantung 12 bulan oleh BWF. -AFP

KUALA LUMPUR – Bekas pemain badminton negara, Liew Daren dan bekas penganalisis prestasi Institut Sukan Negara (ISN), Jerry Gan Wye Leong digantung oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas terpalit dengan skandal pertaruhan yang melibatkan sukan badminton.

Kedua-dua individu terbabit dikesan terlibat dalam aktiviti pertaruhan berkaitan perlawanan badminton termasuk Terbuka Thailand 2021 dan juga Terbuka Swiss.

Panel Pendengaran Bebas (IHP) yang diketuai oleh James Kitching bersama ahli panel Sylvia Schenk dan Vincent Denonville memutuskan kedua-dua individu tersebut didapati bersalah melanggar peraturan yang ditetapkan berdasarkan bukti kukuh termasuk semakan akaun bank dan mesej perbualan.

Dalam laporan pendengaran yang meliputi 66 muka surat tersebut turut mendedahkan bahawa kedua-dua individu itu dikesan terlibat dalam pertaruhan perlawanan badminton antara tahun 2018 hingga 2021.

“Liew Daren telah Melanggar Artikel 3.1.2 Kod BWF mengenai Pencegahan Manipulasi Pertandingan dan melanggar Artikel 14.2 Prosedur Kehakiman BWF sebanyak dua (2) kali.

“Jerry Gan Wye Leong telah Melanggar Artikel 3.1.2 Kod BWF mengenai Pencegahan Manipulasi Pertandingan dan melanggar Artikel 3.5.2 mengenai Pencegahan Manipulasi Pertandingan.

“Akibat daripada kesalahan tersebut, Daren dikenakan penggantungan selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan badminton,” kata BWF dalam laporan yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, Jerry Gan digantung selama 3 bulan dan dilarang untuk terlibat dalam sebarang aktiviti sukan badminton.

Keputusan ini dibuat selepas pendengaran kes pada 6 hingga 7 Jun 2024 dan keputusan dimuktamadkan pada 15 November 2024.

BWF turut menegaskan bahawa Daren dan Jerry boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) terhadap keputusan ini dan mempunyai 21 hari dari tarikh keputusan itu dibuat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI