fbpx

Anjing kena simbah air panas dalam kawasan universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan seekor anjing yang cedera didakwa disimbah dengan air panas.

PETALING JAYA – Seeokor anjing mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan selepas didakwa disimbah dengan air panas.

Kejadian dikatakan berlaku dalam kampus sebuah universiti di Gombak baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Malaysian Dogs Deserve Better di Facebook semalam, seorang pengadu dikenali sebagai Joyce Irene mendakwa haiwan tersebut kelihatan sangat lemah dan tidak mahu makan disebabkan kesakitan yang ditanggung.

“Saya memerlukan bantuan segera untuk menyelamatkan seekor anjing yang sakit. Anjing itu benar-benar sakit dan enggan makan atau minum. Kelihatan seseorang menuang (menyimbah) air panas terhadapnya,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan individu tertentu yang melakukan kekejaman ke atas kucing dan anjing jalanan.

“Kalau tidak suka sekali pun, atau rasa terganggu buat aduan. Bukan dera, baling batu, pukul, simbah air panas. Haiwan juga mampu rasa sakit, tolonglah ada hati yang murni sedikit,” tegur @BNoura.

“Kalau tidak suka anjing tolong jangan sakiti. Jangan terlalu fanatik hidup ini, hargailah nyawa haiwan meskipun seekor anjing. Semoga karma menyusul orang yang menjahati anjing ini,” kata Loria Situmeang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI