JAKARTA – Perbuatan seorang lelaki di Indonesia yang selamba membuang air kecil ke atas wajah ibunya yang terlantar sakit mengundang kecaman orang ramai, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @folkshittmedia memaparkan lelaki itu menyumbat nasi kosong ke dalam mulut ibunya yang uzur.
Dia kemudian berdiri dan melepaskan zip seluar sebelum membuang air kecil ke seluruh wajah ibunya.
Bahkan, perbuatan itu dilakukan sambil ketawa.
Rakaman itu mencatatkan lebih 824,000 tontonan bersama 1,500 komen.
“Yang tukang kencing memang anak derhaka, apatah lagi perakam yang membiarkan perkara itu terjadi! Memang iblis!” marah seorang netizen.
“Demi ‘viral’ sanggup jadi bodoh dan sanggup biarkan!” marah netizen lain. – AGENSI