fbpx

989 unit vape berbentuk permainan, makanan dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. MOHTAR (tengah) menunjukkan antara produk vape yang dirampas JKNJ menerusi operasi khas yang dijalankan di sekitar Johor Bahru, pada kelmarin dan semalam.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) merampas 989 produk vape bernilai RM34,158, termasuk produk vape yang berbentuk permainan dan makanan.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Mohtar Pungut berkata, kesemua produk berkenaan dirampas pihaknya menerusi Operasi Khas Vape Negeri Johor dijalankan pihaknya, kelmarin dan semalam.

Katanya, pihaknya turut mengeluarkan 11 notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 47 Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852).

“Di Johor, penjualan rokok elektronik atau vape adalah dilarang di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian sekaligus menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak yang melanggarnya.

“Sehubungan itu, JKNJ menggesa pemilik premis dan pengusaha perniagaan agar tidak menjual vape atau rokok elektronik di Johor terutamanya yang berbentuk permainan dan makanan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Mohtar memberitahu, pihaknya akan terus melaksanakan operasi sedemikian selaras dengan penguatkuasaan Akta 852 bermula 1 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI