PETALING JAYA – Sekumpulan lelaki mencuri perhatian ramai apabila dirakam menunaikan solat berjemaah di dalam sebuah kereta api.
Menerusi hantaran TikTok oleh @jamaludinjamaludi77, kelihatan lebih 10 lelaki menunaikan solat berjemaah di ruang kosong antara kerusi dalam kereta api tersebut.
Beberapa sejadah turut dilihat terbentang dipercayai dibawa sendiri oleh mereka dari rumah.
Difahamkan, kereta api tersebut dalam perjalanan dari Padang Besar, Perlis ke Butterwort, Pulau Pinang.
Hantaran berkenaan meraih pujian pengguna media sosial yang mengagumi usaha kumpulan lelaki tersebut yang menjaga kewajipan solat.
Rata-rata pengguna media sosial memuji disiplin dan keutamaan mereka terhadap ibadah, selain menyifatkan tindakan itu sebagai contoh teladan yang patut diikuti.
“Aku bangga tengok orang lelaki yang macam ini. Lelaki yang hebat,” puji Pinces.
“Pengalaman saya, setiap pagi akan subuh dalam kereta api dari Sg Petani ke Perlis. Abang-abang dalam itu dah macam keluarga dah. Yang paling seronok, dah ada tok imam dalam kereta api tu dan dah ada tok bilal. Betul-betul kenangan lah,” tulis Khairi Alis menceritakan pengalamannya.
“Begitulah rutin hidup hamba-hamba Allah yang pagi-pagi keluar mencari rezeki tanpa melupakan tanggungjawab sebagai hambaNya. Allahu Akbar,” luah Ruzaidi Ramli. – KOSMO! ONLINE
@jamaludinjamaludi77 #allahummashollialasayyidinamuhammad #bismillahfyp #alhamdulillah❤️ #pejuangsubuh #pejuangrezeki #kerjakerasdemikeluarga #allahummabarik #gengkomuterutara #komuterutara #ktm ☝️☝️☝️#allah❤️ ♬ PadaMu Ku Bersujud – dzaqrazky