fbpx

Tiada lagi berlonggok di kaki bukit untuk cari internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (dua dari kiri) menandatangani plak ketika membuat lawatan kerja ke menara Jendela KOA Sungai Tonggang, Hulu Kinta hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Tiada lagi murid-murid Orang Asli di Kampung Sungai Tonggang, Ulu Kinta di sini terpaksa berlonggok di kaki bukit kerana mahu mendapatkan liputan internet.

Hal demikian ditangani menerusi pembinaan menara telekomunikasi baharu dalam kampung tersebut yang berjaya menguatkan liputan internet yang bermasalah.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, penambaikan tersebut diharapkan dapat memberi manfaat kepada penduduk untuk memperbaiki taraf hidup dan ekonomi mereka.

“Saya dapat tahu di sesetengah tempat yang internetnya baik, penduduk boleh berniaga dalam pelbagai platform sehingga mencipta pendapatan yang baik.

“Ada usahawan yang menjual manik untuk dijadikan hadiah. Setiap bulan pendapatannya RM25,000,” katanya ketika melawat tapak pembinaan menara telekomunikasi di Kampung Tonggang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tok Batin Kampung Tonggang, Che Wan Bin Alang berkata, pihaknya gembira dengan perkembangan tersebut terutama sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang ke kampung tersebut pada Ogos 2023.

“Sangat membantu kami di dalam bidang pendidikan dan perhubungan. Sekarang, tiada lagi anak-anak yang berlonggok di bawah pokok dan di tepi bukit semata-mata untuk mencari liputan,” ujarnya.

Tahun lalu, Anwar mengarahkan pemasangan peranti Starlink yang dibangunkan oleh bilionair terkemuka Amerika Syarikat, Elon Musk sebagai penyelesaian sementara terhadap masalah internet di kampung tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI