fbpx

Tayar BMW bergolek ke tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tayar hadapan kanan BMW tersebut tiba-tiba tercabut sebelum ia bergolek ke tengah jalan. - SG Road Vigilante

SINGAPURA – Sebuah video tular di media sosial Singapura memaparkan tayar sebuah kereta BMW tercabut dan bergolek di tengah jalan, lapor laman berita Mothership semalam.

Kejadian berlaku di Jalan Bukit Merah pada 15 Disember lalu dan dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain.

Dalam video tersebut, BMW  itu pada awalnya dilihat dipandu dengan laju.

Tayar hadapan kanannya tiba-tiba tercabut sebelum ia bergolek ke tengah jalan.

Dalam masa sama, BMW tersebut terus bergerak sambil bunyi rim bergesel dengan jalan didengari dengan kuat.

Pemandunya kemudian dilihat memperlahankan kenderaan dan berhenti di tepi jalan.

Tidak dinyatakan keadaan kereta itu selepas insiden tersebut, namun hantaran itu menjadi tular di laman sosial dan menerima pelbagai komen lucu daripada netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI