fbpx

Syarikat stesen minyak, dua pengarah didakwa jual diesel lebih had

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIM KOK BAN (baju kelabu) dan Othman (baju batik hitam) sebagai wakil dan pengarah syarikat stesen minyak didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membenarkan penjualan barang berjadual minyak diesel sebanyak 6,562 liter ke dalam sebuah lori yang melebihi had dibenarkan, tahun lalu. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP.

SEREMBAN – Sebuah syarikat stesen minyak dan dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membenarkan penjualan barang berjadual minyak diesel sebanyak 6,562 liter ke dalam sebuah lori yang melebihi had dibenarkan, tahun lalu.

Orang Kena Saman (OKS) iaitu Lim Kok Ban, 63, dan Othman Mohamad Supian, 59, sebagai pengarah yang turut mewakili syarikat terbabit bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Mengikut pertuduhan, Syarikat Lestari Kasturi Sdn. Bhd secara bersama dengan dua pengarahnya sebagai pemegang lesen runcit telah membenarkan penjualan diesel iaitu barang berjadual kepada kenderaan lori sebanyak 6,562 liter.

Oleh itu, syarikat dan OKS telah gagal untuk mematuhi arahan yang diberi oleh Pegawai Bekalan Malaysia iaitu stesen minyak di seluruh negara dibenarkan menjual diesel kepada kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia tidak lebih daripada 250 liter dengan sekali transaksi sehari ke dalam tangki asal kenderaan.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 7 petang di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Nilai di sini pada 21 Ogos 2023.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI