fbpx

Suri rumah putih mata serah ‘polis’ barang kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang suri rumah berdepan kerugian RM16,857 selepas menyerahkan barang kemasnya kepada individu yang menyamar sebagai anggota ‘polis’, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan C. Tharmalingam berkata, mangsa yang berusia 38 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa kakitangan pihak jualan dalam talian kira-kira pukul 9 pagi.

Katanya, mangsa didakwa terlibat menjalankan perniagaan kosmetik di platform terbabit tanpa lesen sebelum disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk semakan rekod jenayah.

“Mangsa dikatakan terlibat dengan kes pengedaran dadah dan penyeludupan wang haram. Individu yang tidak dikenali itu kemudiannya mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang kemas miliknya kepada pihak polis bagi tujuan sisatan.

“Mangsa kemudiannya bertemu seorang individu di tepi jalan sekitar Tasek Gelugor kira-kira pukul 1 petang hari yang sama sebagaimana telah diarahkan dan menyerahkan barang kemas miliknya,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata mangsa menyedari dirinya ditipu selepas gagal menghubungi individu yang berurusan dengannya sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI