fbpx

Penyelamat terkejut kereta remuk, pemandu cuma cedera ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta yang dipandu Wipawan. - Foto The Pattaya News

BANGKOK  – Pasukan penyelamat terkejut kerana seorang wanita yang diselamatkan mereka hanya cedera ringan walaupun kereta dipandu mangsa remuk selepas merempuh tiang elektrik, lapor portal berita The Pattaya News hari ini.

Pada  pukul 1.16 pagi tadi (waktu tempatan), Pusat Penyelamat Sawang Boriboon Thammasathan menerima laporan mengenai kemalangan kereta yang serius di sebuah lebuh raya menghala ke Pattaya. 

Pasukan penyelamat segera pergi ke tempat kejadian, bersama wartawan The Pattaya News.

Sebaik tiba, mereka menemui sebuah kereta Honda Jazz berwarna putih yang remuk selepas pemandunya merempuh tiang utiliti di tepi  jalan raya. 

Kereta itu remuk teruk  tetapi pemandu yang terperangkap di dalamnya berjaya diselamatkan. Lebih mengejutkan, mangsa hanya mengalami cedera ringan.

Pemandu kereta yang dikenali sebagai Wipawan, 21, memberitahu The Pattaya News bahawa dia tidak memakai sebarang azimat yang menyebabkannya boleh terselamat dalam nahas itu.

Polis sedang menyiasat kejadian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI