PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) sudah menubuhkan pasukan petugas untuk menilai segala isu kelemahan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Menurut Menterinya, Fadhlina Sidek, kumpulan khas kementerian tersebut bakal membentangkan laporan hasil kajian mengenai skim berkenaan pada 1 Mac depan.
“Apa sahaja isu termasuk isu kos RMT yang dikatakan rendah itu memang ada dalam radar diperbincangkan oleh pasukan itu.
“Justeru, laporan pasukan petugas ini kelak akan melihat rangkuman pelbagai masalah berbangkit termasuklah keberkesanan aspek pemantauan pentadbir sekolah,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Terakhir Bulanan 2024 yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ruji Ubi. – KOSMO! ONLINE