fbpx

Mohd. Masri melanggar Peraturan Tauliah Pengajaran Islam Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Masri

SHAH ALAM – Tauliah mengajar penceramah bebas, Mohd. Masri Mohd. Ramli ditarik balik selepas didapati melanggar Peraturan-Peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam (Negeri Selangor) 2024.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, siasatan terperinci telah dijalankan Jawatankuasa Kecil Aduan dan Siasatan selaras dengan Peraturan Peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam susulan aduan awam yang diterima berkaitan salah laku melibatkan Mohd. Masri tersebut.

“Berdasarkan laporan dan syor yang diterima, jawatankuasa itu memutuskan untuk menarik balik tauliah mengajar kepada Mohd. Masri berkuat kuasa 4 Disember lalu kerana didapati melanggar perenggan 22(b)(iii), 22(c) dan 22(f) peraturan tersebut,” katanya hari ini.

Kelmarin, Masri Ramli dalam kenyataan di Facebook memaklumkan menerima surat penarikan tauliah mengajar di Selangor susulan hantarannya berkaitan amalan istighathah.. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI