fbpx

Michelle Yim dilantik sebagai duta Nattome, berganding bahu untuk kempen kesedaran kesihatan usus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Michelle Yim dilantik sebagai duta jenama Nattome sempena pelancaran makanan kesihatan usus terbaharu yang mengandungi bijan hitam keluaran syarikat tersebut.

PAKAR kesihatan usus, Nattome menjalinkan kerjasama strategik dengan pelakon wanita terkenal Hong Kong, Michelle Yim dengan melantik beliau sebagai duta jenama Nattome sempena pelancaran makanan kesihatan usus terbaharu yang mengandungi bijan hitam keluaran syarikat tersebut.

Michelle Yim, seorang bintang terkenal dengan wajah awet muda, akan memperjuangkan misi Nattome menekankan kepentingan kesihatan usus menerusi penyelesaian semula jadi dan berkhasiat. 

Sebagai duta jenama, Michelle Yim akan berkongsi maklumat kesejahteraan penghadaman menerusi video pendek berunsur pendidikan dan menerajui pelancaran minuman bijan hitam baharu Nattome yang kini menjadi amalan kesihatan dan kesejahteraan hariannya sejak memulakan pengambilan beberapa bulan lepas.  

Masalah kesihatan usus semakin hari semakin ketara. 

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa satu daripada tiga orang mengalami gangguan penghadaman pada mana-mana satu masa. 

Sementara itu, laporan media menyatakan bahawa penyakit usus menduduki tempat keempat secara keseluruhan sebagai punca utama kemasukan hospital swasta Malaysia pada 2021. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nattome, Jon Lai, menyatakan bahawa personaliti Michelle Yim yang ikhlas dan mengutamakan kesejahteraan adalah sejajar dengan komitmen Nattome kepada cara hidup sihat. 

Menurutnya beliau juga pernah mengalami masalah asid refluks perut pada peringkat awal kerjayanya menekankan bahawa kesihatan usus menjadi asas kepada kesihatan, kesejahteraan dan kualiti kehidupan keseluruhan.

“Banyak penyelesaian kesihatan usus di pasaran adalah berasaskan ubat atau mengandungi ramuan diubah suai yang mungkin tidak berkesan. 

PENGHASILAN produk Nattome telah dikaji secara saintifik dan dihasilkan dengan ramuan tulen.

“Berasaskan kajian selama bertahun-tahun, produk utama Nattome, iaitu Stomach Food dan suplemen Pembaikan dan Pemulihan (R&R) yang telah dikaji secara saintifik dan dihasilkan dengan ramuan tulen dan semula jadi, terutamanya kacang soya tertapai yang dihasilkan daripada teknologi penapaian Jepun, yang boleh diambil oleh pengguna sebagai pemakanan tambahan sebelum sarapan atau sebahagian daripada diet harian untuk melindungi dan membaiki keadaan usus mereka,” katanya. 

Malah, Nattome juga telah berkongsi hasil kajian klinikal pertama di Malaysia tentang keberkesanan kacang soya tertapai bagi kesihatan usus melalui sebuah usaha sama penyelidikan dengan Universiti UCSI pada pertengahan tahun ini. 

Di samping perisa oat dan kacang soya yang kini boleh didapati, pilihan bijan hitam baharu memang amat dinanti-nantikan untuk ditambah kepada rangkaian produk Nattome. 

Rakyat Malaysia menggemari bijan hitam dan sering menggunakannya dalam salad, sajian, konfeksi dan manisan. 

Biji bijan hitam penuh dengan serat, menggalakkan kelawasan penghadaman sambil menangani masalah penghadaman seperti cirit-birit dan sembelit. 

Bijan hitam dengan pelbagai khasiat, membekalkan nutrien penting seperti kalsium, magnesium dan antioksidan, menjadikannya pilihan yang terbaik bagi formula kami. 

Minuman kesihatan untuk perut berasaskan bijan menggabungkan pemakanan unggul dengan kelazatan rasa, menjadikannya sesuai bagi sesiapa sahaja yang ingin menikmati penyelesaian semula jadi demi keseimbangan penghadaman. 

Tumpuan Nattome untuk memanfaatkan kuasa makanan semula jadi memperlihatkan kesungguhannya kepada inovasi kesejahteraan. 

Dalam pada itu, Michelle Yim berkata, ramai rakan sekerja dan sahabatnya mengalami masalah seperti refluks asid dan perut kembung kerana amalan pemakanan tidak tetap dan jadual yang sibuk. 

“Saya bernasib baik kerana tiada masalah besar dengan usus saya memandangkan saya sentiasa berusaha mengamalkan diet yang seimbang. 

Malah saya siap membawa bekal apabila saya keluar atau menjalani penggambaran. Ini memastikan saya tidak terasa lapar dan membebankan perut saya. 

Michelle Yim sentiasa berusaha menggalakkan gaya hidup lebih sihat dan memilih Nattome,sebagai pilihan.

“Untuk menjaga kesihatan usus, saya suka menggunakan penyelesaian semula jadi dan mengelakkan ubat yang mungkin mempunyai kesan sampingan,” jelasnya.

Tambahnya, diet yang seimbang, rehat yang cukup dan senaman adalah penting bagi kesihatan gastrousus dan kesejahteraan keseluruhan dan makanan semula jadi lebih mudah diserap dan membantu meningkatkan kesihatan kita.

Sementara itu, kerjasama Michelle Yim dengan Nattome bermula dengan kunjungannya ke Malaysia dan pertemuan beliau dengan Jon menerusi rakan-rakan sekenalan pada 2023. 

Menurut, Michelle Yim beliau kagum dengan kisah Jon dan komitmennya untuk menangani masalah usus menerusi makanan harian yang seiring dengan falsafah untuk menjaga kesihatan secara semula jadi. 

“Nattome melabur untuk menjalankan kajian dan ujian klinikal untuk memastikan keberkesanan dan berhubung secara berkala dengan pelanggan untuk mendapatkan maklum balas. 

“Saya sentiasa berusaha menggalakkan gaya hidup lebih sihat, dan memilih Nattome, dengan produk yang mudah diambil dan diserap, sesuai untuk mereka yang menjalani kehidupan pantas seperti diri saya,” katanya.

Tambahnya, beliau minum Nattome semasa sarapan untuk membekalkan tenaga sepanjang hari dan beliau rasa lebih cergas dan bersedia untuk mengharungi jadual yang sibuk selepas mengambilnya.

Dalam peranan baharu sebagai duta jenama Nattome, Michelle Yim berharap untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan usus dan bergantung kepada makanan untuk usus Nattome bagi mengekalkan tenaga dan kecergasan sambil beliau mengorak langkah ke hadapan dengan jadual padat pada tahun 2025. 

Sementara itu, rangkaian bijan hitam untuk kesihatan usus Nattome yang baharu boleh didapati mulai bulan ini di Farmasi CARiNG, Farmasi BIG dan gedung peruncit utama seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian baharu ini atau mengetahui tentang perjalanan Michelle Yim bersama Nattome tekan SINI. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI