fbpx

Kedai celup tepung tunggu masa ‘dimakan’ ombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerosakan dialami deretan gerai disebabkan hakisan di Pantai Teluk Bayu, Besut kelmarin.

BESUT – Sepasang suami isteri yang berniaga ikan celup tepung (ICT) tergamam menyaksikan gerai mereka hampir rebah dihentam ombak besar di Pantai Teluk Bayu di sini kelmarin.

Kejadian disebabkan feno­mena air pasang besar tersebut turut menjejaskan struktur lima buah gerai peniaga lain di pantai peranginan berkenaan.

Peniaga terbabit, Azlieya Rosli, 30, berkata, suaminya, Abd. Rahman Mat, 41, mengetahui kerosakan dialami gerainya sewaktu menghantar anak ke sekolah pada kira-kira pukul 7 pagi.

“Saya bergegas ke gerai sebaik dihubungi suami memaklumkan perkara itu. Hampir terduduk saya melihat struktur premis perniagaan kami hampir runtuh disebabkan hakisan.

“Tambah menyedihkan sebahagian besar peralatan dan stok memasak rosak serta diha­nyutkan arus laut,” katanya ketika ditemui di Pantai Teluk Bayu di sini semalam.

Azlieya berkata, kerugian disebabkan stok dan peralatan gerainya yang rosak dan hilang tersebut dianggarkan bernilai kira-kira RM2,000.

Katanya, hakisan disebabkan musim tengkujuh di pantai pe­ranginan tersebut semakin menjadi-jadi sejak dua minggu lalu.

“Hakisan tersebut makin me­rebak sehingga menyebabkan jarak gigi pantai dengan gerai kami kini hanya tinggal kira-kira 10 meter.

“Ia bagaikan sukar dika­wal walaupun projek benteng pemecah ombak sedang dibina lebih kurang dua kilometer dari kawasan pantai ini,” katanya.

Azlieya berkata, dia bimbang deretan gerai di Pantai Teluk Bayu berkenaan ranap sepenuhnya sekiranya fenomena air pasang besar berlaku lagi pada masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI