fbpx

Kecewa Vinicius Jr. akhirnya terubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINICIUS dinobatkan sebagai pemain terbaik pada Anugerah FIFA Best 2024 sekali gus menutup kegagalannya ketika Anugerah Ballon d’Or. - AFP

DOHA – Bintang Real Madrid dan Brazil, Vinicius Junior menutup 2024 dengan penuh kegembiraan selepas diangkat sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik FIFA Best 2024.

Kejayaan ini juga seakan menutup kontroversi yang berlaku sebelum ini yang menyaksikan Vinicius dan Real Madrid memboikot Anugerah Ballon d’Or pada Oktober lalu.

Vinicius mengetepikan Lionel Messi yang gagal berada dalam kelompok tiga terbaik pada edisi kali ini, manakala pemenang Ballon D’Or yang juga pemain Manchester City, Rodri hanya berada di tempat kedua.

“Saya rasa agak mustahil untuk saya berada di pentas ini kerana saya hanya datang daripada kampung kecil yang dihimpit kemiskinan dan masalah jenayah.

“Saya pemain terbaik dunia, namun saya perlu berusaha untuk mendapatkannya. Bagaimanapun, sekarang saya sudah berada di sini,” kata Vinicius.

Keputusan akhir menyaksikan Vinicius mendapat 48 undian, manakala Rodri (43) dan 37 undian untuk Jude Bellingham.

Dani Carvajal dan Lamine Yamal berada di tempat keempat dan kelima, sementara Messi yang mengungguli anugerah ini pada dua edisi sebelum ini hanya mampu berada di tempat keenam.

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti turut mendapat pengiktirafan apabila diangkat sebagai jurulatih terbaik.

Sementara itu, dalan kategori wanita menyaksikan bintang Barcelona, Aitana Bonmati memastikan kejayaan kedua apabila sekali lagi diangkat sebagai pemain terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN