fbpx

Hujan lebat di Selangor, KL petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri-negeri yang dijangka terjejas termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan.

“Di Selangor, keadaan ini melibatkan kawasan seperti Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” katanya.

Kawasan lain yang turut terjejas dengan hujan lebat dan angin kencang adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, ribut petir dijangka melanda Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, kerosakan harta benda, dan pokok tumbang berikutan keadaan cuaca buruk ini.

Orang ramai juga disarankan mengelakkan aktiviti luar yang berisiko tinggi sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI