fbpx

Fitnah Ketua Polis Negara, Papagomo masuk balai lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik Sir Azri di YouTube baru-baru ini.

PETALING JAYA – Polis merakam keterangan blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung video berbaur fitnah dan mengaibkan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain tempoh hari.

Razarudin berkata, blogger yang dikenali Papagomo tampil di Balai Polis Setapak di sini, pukul 3 petang tadi bagi memberi keterangan.

Katanya, video fitnah itu dikesan dimuat naik di YouTube Sir Azri dengan tajuk ‘Ketua Polis Negara Pelacur Banduan Terhormat’ pada 15 Disember lalu.

“Sebanyak 37 soalan telah diajukan namun beliau memilih untuk menjawab di mahkamah terhadap semua soalan berkaitan video yang disiasat.

“Rakaman percakapan selesai pada pukul 4.05 petang ini,” katanya kepada Kosmo!

Menurut beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menerusi video berdurasi hampir dua jam itu, Sir Azri mendakwa KPN adalah penjilat kepada Anwar Ibrahim. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI