fbpx

F1: Sainz murung keputusan Ferrari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ tidak menolak kemungkinan untuk kembali Ferrari biarpun terpaksa meninggalkan pasukan itu musim depan. - AFP

FIARANO, Itali – Pelumba sensasi Sepanyol, Carlos Sainz mengakui masih sukar untuk menerima kenyataan apabila tidak lagi memandu jentera Ferrari pada saingan Formula Satu (F1) musim depan.

Sebagai rekod, pihak pengurusan Ferrari telah membuat keputusan pada awal tahun ini untuk memilih juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton sebagai pelumba utama untuk digandingkan dengan Charles Leclerc pada edisi 2025 nanti.

Sainz yang telah bersama Ferrari sejak musim 2022 mengakui agak kecewa kerana perlu meninggalkan pasukan kesayangannya dan berhijrah ke Williams bermula musim depan.

“Saya mengalami kemurungan selepas tahu pasukan menawarkan kontrak kepada Hamilton kerana saya hampir percaya akan kekal bersama Ferrari untuk tempoh yang lama.

“Sudah tentu situasi ini memberi kejutan buat saya sedangkan ketika itu saya sedang membuat persiapan pramusim dan bersedia untuk membantu pasukan mencabar kejuaraan.

“Namun, saya kekal bersikap profesional dan masih mampu meraih perlumbaan Grand Prix (GP) Australia dan Mexico pada musim ini,” katanya yang diberi penghormatan terakhir berada di Litar Fariono milik Ferrari kelmarin.

Sementara itu, Sainz tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama Ferrari jika diberi peluang pada masa akan datang.

“Saya baru berusia 30 tahun dan Ferrari telah menawarkan kontrak kepada pelumba berusia 42 tahun (Hamilton). Justeru, tiada apa yang mustahil andai mereka mahukan khidmat saya sekali lagi pada masa depan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI