fbpx

‘Dia masuk bilik air saya, saya pula disalahkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD SOPOR ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kluang hari ini.

KLUANG – “Saya minta kurangkan wang jaminan kerana masih mentah dan mata kanan lebam kerana ditumbuk oleh wanita itu. Dia yang masuk bilik air saya, saya pula yang disalahkan.”

Demikian luahan balas Mohamad Sopor Nasir, 34, apabila ditanya Hakim Mujib Saroji ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kluang hari ini.

Mengikut Pertuduhan, Mohamad Sopor didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul seorang wanita di dalam tandas awam wanita di Laman Kreatif Kampung Melayu, di sini pada pukul 5.20 petang 17 Disember 2024.

Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Suniza Nan Yan yang mengendalikan pendakwaan kemudiannya menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang jaminan dan memohon 12 Januari 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan dikekalkan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan 2 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Selasa lalu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki ditahan orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis selepas dipercayai mencabul seorang wanita didalam tandas awam wanita di Laman Kreatif Kampung Melayu, Kluang pada pukul 5.20 petang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI