fbpx

Dewan Negara: Lebuh raya WISE dijangka siap 4 tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander. - Foto JAPEN

KUALA LUMPUR – Projek Lebuh raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Kuala Kangsar ke Gopeng melalui Siputeh dan Batu Gajah di Negeri Perak dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.

Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi lebuh raya dengan anggaran jajaran sepanjang 60.88 kilometer itu dianggarkan berjumlah RM4.513 bilion.

“Jajaran Lebuhraya WISE akan menjadi laluan alternatif kepada pengguna Lebuh raya PLUS di kawasan Terowong Menora yang sering menghadapi kesesakan yang disebabkan oleh bilangan kenderaan berat yang tinggi.

“Perjanjian Konsesi bagi Lebuhraya WISE ini telah ditandatangani di antara pihak Kerajaan dan Syarikat East Coast Road Sdn. Bhd. (ECRSB) pada 5 September 2024.

“Pihak ECRSB perlu mematuhi semua syarat duluan (conditions precedent) antaranya seperti Kajian Impak Sosial, Kajian Impak Alam Sekitar, Kajian Impak Trafik, pengesahan sumber pembiayaan daripada institusi kewangan yang perlu dipatuhi dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh perjanjian ditandatangani sebelum perjanjian ini berkuatkuasa sepenuhnya,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar mengenai anggaran kos pembinaan Lebuh Raya WISE di Perak dan bilakah ia dijangka akan siap untuk beroperasi.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, kerja-kerja pembinaan Lebuhraya WISE hanya akan mula dilaksanakan setelah semua syarat duluan tersebut dipenuhi dan perjanjian konsesi berkuatkuasa sepenuhnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI