fbpx

Bekas finalis Miss World didakwa tumbuk suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selenge didakwa melakukan dua serangan berasingan ke atas suaminya pada 30 Oktober lalu. - HNP Newsdesk

LONDON – Bekas finalis pertandingan ratu cantik dunia, Miss World dihadapkan ke mahkamah di bandar Aylesbury, United Kingdom atas pertuduhan menyerang suaminya sebanyak dua kali dalam satu hari, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. 

Selenge Erdene-Ochir, 37, ditahan selepas didakwa melakukan dua serangan berasingan ke atas Robert Clay di Milton Keynes, Buckinghamshire pada 30 Oktober lalu.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Neil Millard di Mahkamah Diraja Aylesbury kelmarin. 

Defendan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang menyebabkan kecederaan pada anggota badan plaintif. 

Mengikut pertuduhan, serangan pertama melibatkan tumbukan, manakala serangan kedua membabitkan kecederaan pada mulut. 

Hakim menetapkan 20 April 2026 sebagai tarikh perbicaraan seterusnya, manakala defendan dibenarkan untuk diikat jamin.

Selenge yang berasal dari Mongolia, merupakan seorang model dan pemenang Miss World Mongolia 2006 sebelum mewakili negaranya pada acara Miss World 2006. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI