fbpx

‘Arwah Falah’ minta penonton temankan Suri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejak malam tadi, media sosial dibanjiri dengan reaksi penonton drama tersebut yang rata-ratanya mengakui menitiskan air mata selepas Falah meninggal dunia akibat kanser.

PETALING JAYA – Selepas membikin tangis satu Malaysia dengan kematian mengejut Falah lakonan Zahiril Adzim, jantung peminat drama kegilaan ramai, Andai Tiada Dia berdetak lebih kencang menantikan pengakhiran jalan cerita karya arahan Riza Baharudin tersebut malam ini.

Bukan sahaja mahu melihat penamat yang bahagia, ‘arwah Falah’ turut meminta penonton menemani Suri (Ummi Nazeera) sepanjang episod akhir malam ini.

“Malam ini episod akhir, kalian semua tolong tengok-tengokkan Suri. Jangan beri dia seorang diri, temanlah pada episod terakhir malam ini,” katanya.

Dia juga yakin Suri akan membuat keputusan tepat demi kebahagian hidupnya yang sebelum ini kerap diuji dengan pelbagai dugaan.

“Saya percaya Suri akan buat keputusan yang betul dan bijak.

“Kalau tak percaya, tengok malam ini,” ujar ‘arwah Falah’.

Sejak malam tadi, media sosial dibanjiri dengan reaksi penonton drama tersebut yang rata-ratanya mengakui menitiskan air mata selepas Falah meninggal dunia akibat kanser.

Bukan sahaja menangis, netizen turut meminta pengarah ‘menghidupkan’ semula Falah agar Suri mendapat kebahagiaan yang diinginkan.

Selain Zahiril dan Ummi, drama 36 episod itu turut dibarisi Hisyam Hamid, Mimi Lana, Alicia Amin dan Rosnah Johari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI