fbpx

Ahli perniagaan rugi RM210,000 ditipu pelaburan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KEMAMAN – Seorang ahli perniagaan terputih mata kerugian lebih RM210,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud.

Lelaki berusia 31 tahun tersebut yang menyedari tertipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, mangsa tertarik untuk menyertai skim pelaburan dalam sebuah aplikasi dalam talian yang menjanjikan pulangan yang kononnya lumayan.

“Mangsa kemudiannya membuat pelaburan keseluruhan RM210,976.50 antara 4 November hingga 10 Disember lalu.

“Pembayaran dilakukan dalam 13 transaksi menerusi 11 akaun bank berasingan diarahkan suspek,” katanya di sini hari ini.

Wan Muhammad berkata, ahli perniagaan tersebut akhirnya menyedari tertipu apabila tidak menerima pulangan dijanjikan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI