fbpx

6 bulan diburu, sang bedal 400kg akhirnya tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANG bedal seberat 400kg yang diburu sejak enam bulan lalu berjaya ditangkap di Pintu Kawalan Air Pasang Surut di Klebang, Melaka, malam tadi. - foto oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Setelah lebih enam bulan diburu, akhirnya seekor buaya tembaga dianggarkan seberat 400 kilogram (kg) berjaya ditangkap menggunakan tali jerut berhampiran Pintu Kawalan Air Pasang Surut di Kampung Tengah, Klebang di sini, malam tadi.

Buaya sepanjang tiga meter itu dijerut oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kira-kira pukul 10 malam.

Pengarah Perhilitan Melaka, Petra Sulai berkata, sang bedal itu dikesan berada di kawasan berkenaan pada pukul 5 petang oleh 12 anggota Perhilitan termasuk dari Perak dan Selangor yang turut membantu menangkap reptilia itu sejak 13 Disember lalu.

“Tiga kali usaha untuk menjerut mulut buaya itu gagal tetapi sang bedal itu tidak keluar dari empangan atau cuba melarikan diri ke hulu Sungai Malim.

“Anggota kami pasang jerut buat kali keempat kira-kira pukul 8 malam dan akhirnya sang bedal berjaya dijerut badannya pada pukul 10 malam,” katanya ketika kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Petra, buaya tersebut dipercayai adalah sang bedal yang diburu sejak Mei lalu selepas membaham tiga ekor kambing milik penternak.

“Haiwan itu telah dihantar ke kawasan konservasi di lokasi sementara malam tadi untuk pemeriksaan kesihatan,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI