fbpx

Wanita maut dibaham buaya ketika mandi di pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan mangsa dibaham seekor buaya gergasi di Pulau Tello. - X

JAKARTA – Seorang wanita maut selepas dibaham seekor buaya gergasi ketika mandi-manda di sebuah pantai di Nial Selatan, wilayah Sumatera Utara, lapor portal berita Sindonews semalam. 

Kejadian berlaku di Pantai Pulau Tello pada Jumaat lalu. 

Rakaman dimuat naik di platform X oleh akaun @folkshittmedia menunjukkan seekor buaya gergasi berenang di dalam air sambil menggigit kepala mangsa.

Menurut seorang pegawai tempatan, Kornelius Wau, penduduk menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan mangsa kerana bimbang menjadi ‘makanan’ reptilia berkenaan.

“Pegawai terpaksa melepaskan tembakan untuk membunuh reptilia tersebut. 

“Dengan bantuan penduduk tempatan, kepala wanita itu akhirnya dikeluarkan dari mulut buaya selepas beberapa jam,” jelas Kornelius. 

Beliau turut meminta pemerintah wilayah Sumatera Utara untuk mengambil tindakan segera kerana masih banyak buaya yang berkeliaran di kawasan berkenaan. 

“Jika tidak, ia akan menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk di sini,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI