fbpx

[VIDEO] Siapa salah, King Myvi atau lori roti?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian pelanggaran tersebut.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu Perodua Myvi yang memberhentikan kenderaan secara mengejut selepas dihon oleh sebuah lori hampir mengakibatkan pelanggaran di sebuah lebuh raya.

Menerusi rakaman seorang penunggang motosikal, kejadian bermula apabila sebuah Perodua Myvi keluar dari susur kiri, sementara sebuah lori di laluan kanan tiba-tiba menukar arah ke susur tersebut, nyaris melanggar Myvi berkenaan.

Pemandu lori membunyikan hon, namun tindakan itu dipercayai mencetuskan rasa tidak puas hati pemandu Myvi.

Pemandu Myvi tersebut kemudian menghentikan kenderaan secara mengejut selama beberapa saat sebelum meneruskan perjalanan.

Bagaimanapun, lori terbabit sempat menekan brek bagi mengelakkan sebarang pelanggaran.

Kejadian itu mencetuskan perdebatan di media sosial mengenai pihak yang bersalah dengan ada yang menyalahkan pemandu Myvi, manakala sebahagian lagi menyalahkan pemandu lori.

“Itu kan lorong king. Lori yang masuk terus ke kiri. Ada dua laluan dekat situ. Satu memang king punya lorong, satu lari dari lebuh raya. Lori tu patut bagi lalu, kalau dia nak duduk laluan kiri sekali,” ujar Mohd Nur Siti membela pemandu Myvi.

“Antara susur keluar dengan jalan utama, mana yang patut didahulukan? Kena belajar balik undang-undang jalan raya. Susur keluar kena perhatikan kenderaan dari kanan dan keluar bila selamat,” kata Zulkefle Sipun, membidas kenyataan Mohd. Nur Siti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI