fbpx

[VIDEO] Pintu, tingkap rumah dicabut, culas bayar sewa PPR cecah RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar operasi tunggakan sewa di TikTok MBS.

PETALING JAYA – Tindakan penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar sewa sehingga tunggakan mencecah ribuan ringgit membawa padah apabila dikenakan tindakan mencabut pintu dan tingkap rumah oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) baru-baru ini.

Melalui sebuah video yang dikongsi MBS ketika operasi tunggakan sewa di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi (PPR Paroi) tersebut, difahamkan tindakan itu terpaksa diambil selepas beberapa usaha untuk mendapatkan tunggakan sewa daripada penyewa gagal.

Katanya, MBS memberi peluang selama setahun sejak tahun 2023 bagi penyewa melunaskan tunggakan sewa dengan membayar secara bulanan namun ramai yang masih berdegil.

Menerusi rakaman itu juga dimaklumkan ada penyewa yang mempunyai tunggakan sehingga mencecah RM20,000.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna pelik dengan sikap penyewa yang tidak membayar sewa rumah berkenaan yang bernilai lebih kurang RM200 sebulan.

“PPR murah saja, di kawasan Kuala Lumpur ini tak sampai pun RM200. Ambil kesempatan tak nak bayar, kalau dah sampai RM20,000 tunggakan, berapa lama dah tak bayar. Sedih tengok orang kita berperangai begini,” kata Sawwah.

“Bagus ada tindakan, baru ada kesedaran,” kata Zero.

“Dekat PPR boleh nampak banyak kereta mewah juga. Bila tanya kawan, ada yang kerja bagus-bagus pun duduk sewa di situ. Hairan macam mana orang bergaji besar boleh sewa di sana,” kata DeeGee. – KOSMO! ONLINE

@mbseremban Operasi Tunggakan Sewa PPR Paroi pada 12 Disember 2024 #MajlisBandarayaSeremban #mbseremban #MampanBersihSejahtera #SayangiMBS #MalaysiaMadani ♬ bunyi asal – Majlis Bandaraya Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI