fbpx

UM sahkan terima laporan gangguan seksual libat profesor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Universiti Malaya (UM) mengesahkan menerima laporan kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang profesor di universiti berkenaan.

UM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“UM akan terus memantau perkembangan ini dan bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkenaan bagi memastikan isu ini ditangani dengan sewajarnya,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Kelab Feminisme UM (UMFC) menggesa pengurusan UM memperketatkan polisi gangguan seksual susulan dakwaan seorang profesor yang berkongsi gambar bogelnya kepada pelajar.

Menurut UMFC, walaupun laporan telah dibuat namun pelaku seolah-olah kebal daripada sebarang tindakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI