fbpx

Tema klasik pilihan sambutan hari Krismas di InterContinental Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada menu klasik dan lazat yang disediakan kepada pengunjung sempena sambutan Hari Krismas minggu depan.

KUALA LUMPUR – InterContinental Kuala Lumpur memilih tema klasik krismas untuk sambutan perayaan Hari Krismas tidak lama lagi khususnya dalam tawaran pelbagai hidangan lazat kepada pengunjungnya bermula 24 hingga 26 Disember dan kelainan menu unik untuk sambutan Tahun Baru 2025.

Eksekutif Cef hotel tersebut, Rudy Junaidie berkata, tema klasik menjadi pilihan tahun ini kerana ia mudah, asli dan juga senang untuk menghasilkan barisan menu yang boleh digabungkan dengan masakan popular masyarakat di negara ini khususnya Melayu, Cina dan India serta makanan barat.

“Dengan bantuan dan sokongan daripada lebih 20 kakitangan serta cef berpengalaman di hotel ini, kami mahu menawarkan kelainan menu yang unik, lazat padat dengan rasa serta premium bagi memberi pengalaman menarik buat pengunjung meraikan hari bahagia bersama teman, orang tersayang dan juga dengan keluarga masing-masing,” katanya ketika ditemui Kosmo! dalam satu majlis prebiu di hotel berkenaan di sini baru-baru ini.

Rudy yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang masakan termasuk bertugas di beberapa hotel terkemuka di luar negara menjelaskan, selalunya hidangan untuk sambutan krismas setiap tahun lebih memfokuskan kepada hidangan berasaskan panggang dan pastinya, InterContinental terkenal dengan menu seperti Roasted Prime Oven-Prepared Ribs, Baked Maple-glazed Pink Peppercorn Whole Chicken, Salmon en Croûte dan Truffle Herb-crusted Lamb.

Selain barisan menu dilengkapi dengan hidangan Melayu, India dan Cina, pembuka selera dan pemanis mulut yang menyelerakan sehingga membuatkan pengunjung tidak mahu berganjak dari kerusi meja masing-masing asyik menikmati makanan dan minuman di restoran Serena Brasserie yang boleh memuatkan sekitar 200 hingga 300 pengunjung dalam satu-satu masa.

Tambah Rudy, lebih daripada 200 menu bakal dihidangkan pada malam Hari Krismas yang bakal membawa kenangan manis kepada semua pengunjung dan pihaknya teruja untuk menyambut kedatangan semua ke hotel berkenaan.

“InterContinental Hotel menjadi salah satu pilihan pengunjung untuk meraikan sambutan Hari Krismas kerana kelebihan kami menawarkan makanan yang padat dengan rasanya yang bersesuaian untuk semua peringkat umur.

“Sememangnya masakan ini di setiap hotel tidak sama, ia memiliki keunikannya tersendiri jadi sama juga di InterContinental, kami juga ada kelainan yang membuatkan ia menjadi pilihan mereka.

“Bagaimanapun, antara kelebihan kami adalah masakan udang harimau segar secara terus oleh cef mengikut pilihan dan kami juga menggunakan pelbagai bahan premium bersesuaian dengan tawaran harga bufet yang ditawarkan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI