fbpx

Taufan Chido: 34 maut di Mozambique, 7 di Malawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGIN kencang akibat taufan Chido melanda dekat Pemba, utara Mozambique, Ahad lalu. - AFP

MAPUTO, Mozambique – Taufan Chido yang melanda Mozambique pada Ahad lalu meragut nyawa sekurang-kurangnya 34 orang, demikian menurut Institut Pengurusan Risiko dan Bencana Kebangsaan semalam.

Menurut institut itu, taufan tersebut mula melanda wilayah Cabo Delgado pada Ahad lalu, di mana 28 orang maut sebelum tiga lagi terkorban di wilayah Nampula.

Ia melaporkan tiga lagi kematian di Niassa yang terletak lebih jauh ke kawasan pedalaman.

Seramai 319 orang lagi dilaporkan cedera akibat taufan itu, yang membawa angin kira-kira 260 kilometer sejam dan hujan lebat sekitar 250 milimeter dalam tempoh 24 jam.

Hampir 23,600 buah rumah dan 170 bot nelayan musnah, manakala 175,000 orang terjejas akibat ribut itu.

Chido melanda sebahagian utara Mozambique yang kerap dilanda taufan.

Taufan itu mendarat di Mozambique selepas melanda Pulau Mayotte di Lautan Hindi, di mana ia dikhuatiri telah membunuh ratusan orang.

Ia kemudian bergerak ke Malawi kelmarin dan dijangka lenyap semalam berhampiran Zimbabwe, yang turut berjaga-jaga untuk menerima kedatangan hujan lebat yang disebabkan oleh taufan itu.

Sementara itu, angka kematian akibat taufan Chido di Malawi meningkat kepada tujuh orang dengan hampir 35,000 penduduk terjejas, kata Jabatan Hal Ehwal Pengurusan Bencana (DoDMA) negara Afrika itu. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI