fbpx

SKM saran komuniti media tubuh koperasi jana pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Norihan (tengah) bergambar bersama pengamal media yang hadir di program Meet and Greet - SKM X Media 2024 di sebuah hotel di ibu negara, hari ini. Foto oleh SKM

KUALA LUMPUR – Komuniti media digalakkan supaya menubuhkan koperasi menerusi syarikat masing-masing sebagai salah satu platform yang mampu menjana pendapatan.

Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata, pihaknya bersedia menyantuni warga media bagi mendapatkan maklumat dan pendedahan lanjut mengenainya.

“Pada masa sama sekurang-kurangnya apabila kita berada dalam koperasi dan apabila umur kita makin meningkat, kita ada satu platform yang boleh dijadikan sandaran .

“Jadi saya galakkan pengamal media untuk membuat koperasi. Ia juga boleh mengeratkan persahabatan kita (SKM) dengan pengamal media,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Meet and Greet – SKM X Media 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini yang dimeriahkan dengan kehadiran lebih 70 agensi media pelbagai platform.

Ahmad Norihan berkata, komuniti media di Malaysia yang menyertai koperasi kini adalah sangat kecil dan berharap jumlah berkenaan akan bertambah dari masa ke masa.

“Ada 16,800 koperasi dalam Malaysia dan penglibatan media saya rasa mungkin kurang daripada satu peratus sahaja.

“Media ni sentiasa berhubung dengan masyarakat. Maka saya rasa potensi mereka untuk bersama dengan koperasi ni adalah cerah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI