fbpx

Sektor pertanian di Kelantan rugi RM33.2 juta akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tiga dari kiri) menyampaikan BKST Fasa 2 kepada pesawah di Dewan Terbuka PPK Bunga Raya, Tumpat hari ini.

TUMPAT – Sektor pertanian di Kelantan mengalami kerugian sebanyak RM33.2 juta akibat banjir yang melanda kebanyakan kawasan di negeri ini sejak hujung bulan lalu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah tersebut melibatkan seramai 4,888 golongan sasar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang terlibat dalam pelbagai sektor pertanian.

Menurutnya, selain itu, seluas lebih 10,229 hektar kawasan pertanian terjejas akibat banjir di Kelantan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak lebih 9,958 hektar kawasan sawah melibatkan seramai 4,207 pesawah yang terlibat dengan bah.

“Selain itu, kawasan perikanan dan tanaman selain padi di negeri ini didapati terjejas semasa banjir baru-baru ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST) Fasa 2 dan Tabung Bencana Alam Kebajikan Nelayan di Dewan Terbuka Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Bunga Raya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, sebanyak RM177 juta anggaran nilai kerosakan dalam sektor agromakanan direkodkan akibat banjir pada musim tengkujuh baru-baru ini membabitkan 15,456 petani di seluruh negara.

Mohamad berkata, kira-kira 28,000 hektar kawasan terjejas dengan majoriti membabitkan sawah padi di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Menurutnya, kemusnahan kawasan pertanian itu berdasarkan laporan bermula 27 November hingga 12 Disember lalu meliputi kawasan seluas lebih 28,256 hektar.

Dalam perkembangan sama, Mohamad memberitahu, KPKM sudah menyampaikan BKST Fasa 2 untuk tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM6.3 juta kepada seramai 10,628 pesawah yang terjejas bencana di Kelantan.

Menurutnya, BKST merupakan bantuan tunai sebanyak RM600 yang diberikan khusus kepada pesawah untuk tempoh tiga bulan atau semusim penanaman bertujuan meringankan kos sara hidup mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI