fbpx

Rebut menang RM400,000 Kempen Mega Bank Rakyat fasa kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shahril (tengah) bersama pemenang Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat bagi fasa pertama di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat bagi fasa kedua yang bermula 1 Disember hingga 28 Februari depan menawarkan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM400,000 kepada semua pemenang bertuah.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd. Shariff berkata, kempen tersebut diteruskan selepas sambutan menggalakkan bagi fasa pertama kempen yang telah berlangsung dari 1 September hingga 30 November lalu.

“Tujuan kempen ini lebih kepada membantu untuk keperluan, awal tahun dengan pembukaan sekolah, seterusnya hari raya. Ia lebih kepada kemudahan untuk pelanggan Bank Rakyat bagi memenuhi keperluan semasa.

“Saya berharap lebih ramai lagi pelanggan akan mengambil peluang untuk menyertai dan memenangi hadiah istimewa yang ditawarkan, sempena sambutan tahun baharu 2025 tidak lama lagi,” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat di sini hari ini.

Untuk kempen pertama, seramai 73 pemenang memenangi hadiah masing-masing dengan tempat pertama ialah kereta elektrik BYD Atto 3, diikuti tempat kedua sebuah motosikal BMW CE 04 serta baucar umrah atau percutian bernilai RM20,000 untuk dua orang bagi hadiah tempat ketiga.

Ahmad Shahril berkata, Bank Rakyat turut menganjurkan pencarian jutawan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus pada Januari 2025 dan kelayakan cabutan hadiah wang tunai bernilai RM1 juta adalah dengan mengekalkan baki purata bulanan dalam akaun tersebut sebanyak RM5,000 pada 31 Disember 2024.

“Justeru, saya menyeru orang ramai untuk merebut peluang bergelar jutawan menerusi produk Akaun Pelaburan-i Rizq Plus Bank Rakyat.

“Di samping itu, Bank Rakyat bakal menganjurkan Muslimah Fest 2024 bermula 20 hingga 22 Disember ini di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur dengan seramai 15,000 pengunjung dijangka hadir,” katanya.

Beliau berkata, festival tersebut akan bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam melibatkan 70 jenama fesyen muslimah terkemuka.

“Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir bagi memeriahkan festival ini lebih-lebih lagi yang merancang untuk membuat persiapan Ramadan serta Aidilfitri dengan lebih awal tahun hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI