fbpx

Polis lupus barang kes bernilai RM1.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 4,891 barangan kes disita mengikut kaedah e-waste di Stor Barang Berpusat Seberang Perai Utara, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Polis Pulau Pinang melupuskan sebanyak 4,891 unit barangan kes bernilai lebih RM1.5 juta termasuk peralatan bitcoin, komputer dan rokok.

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kaedah e-waste digunakan bagi pelupusan kesemua barangan terbabit sejajar prosedur Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurutnya, pelupusan barang kes jenayah meliputi tahun 2021 hingga 2024 dan membabitkan lima daerah mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) D207 tertakluk dibawah peruntukan Seksyen 407 (2) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).

“Ia membabitkan keseluruhan 506 kertas siasatan yang telah mendapat arahan pelupusan barang kes daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya dengan nilai keseluruhan lebih RM1.5 juta,” katanya ketika ditemui pemberita di Stor Barang Berpusat Seberang Perai Utara, di sini, hari ini.

Tambahnya, barangan kes berkenan dilupuskan menggunakan cara musnah melalui kaedah e-sisa dan jualan sisa besi serta pepejal. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI