fbpx

Pelawak lelaki miliki ganja disambung reman esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis akan memohon sambungan reman terhadap selebriti dan pelawak lelaki yang ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja baru-baru ini selepas tempoh reman lima hari dijadual tamat esok.

SEPANG – Polis akan memohon sambungan reman terhadap selebriti dan pelawak lelaki yang ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja baru-baru ini selepas tempoh reman lima hari dijadual tamat esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi hari ini.

“Esok sambung reman,” katanya ringkas ketika dihubungi tadi.

Katanya, selebriti itu tahun itu akan di bawa ke Mahkamah Sepang pagi esok bagi mendapatkan perintah sambung reman.

Sebelum ini, selebriti itu ditahan reman selama hari bermula 15 Disember lalu untuk membantu siasatan dimana tempoh itu dijadual tamat esok.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, selebriti itu ditahan di sebuah rumah teres di Cyberjaya pada petang 14 Disember lalu bersama dadah disyaki ganja seberat 60.3 gram.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Norhizam dilaporkan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati suspek positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC).

“Siasatan awal juga mendapati, suspek tidak mempunyai sabitan rekod lampau malah, dikatakan sudah menagih dadah sejak lapan tahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI