fbpx

Pejalan kaki maut dirempuh lintas jalan secara tiba-tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang melanggar seorang pejalan kaki dalam kejadian kemalangan maut di Jalan Kuantan Bypass di Kuantan, malam semalam.

KUANTAN – Seorang pejalan kaki warga Bangladesh maut dirempuh kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Kuantan Bypass di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu mangsa, Neherima Sultana Nihamoni, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari gelanggang futsal menghala ke arah Indera Mahkota di sini.

“Setibanya di lokasi, ketika Perodua Myvi sedang bergerak mangsa secara tiba-tiba melintas ke tengah jalan menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa.

“Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI