fbpx

PDC serah zakat perniagaan RM1 juta kepada ZPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aziz (kiri) menyerahkan replika cek zakat perniagaan PDC kepada Amran (kanan) sambil disaksikan Mohamad dalam satu majlis di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menyerahkan sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM1 juta kepada Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PDC, Datuk Aziz Bakar berkata, berdasarkan kepada prestasi kewangan PDC yang cemerlang pada tahun 2024 dan lebihan bajet aliran tunai, pihaknya ingin berkongsi rezeki dengan golongan asnaf dan golongan yang kurang berkemampuan di Pulau Pinang terutamanya di kawasan pembangunan PDC.

“Semoga sumbangan zakat ini dapat membantu merapatkan jurang di antara golongan kaya dan miskin, sekaligus mencapai keadilan sosial ekonomi dalam kalangan rakyat Pulau Pinang,” katanya ketika berucap dalam majlis penyerahan zakat PDC bagi tahun 2024 kepada ZPP di sini, hari ini.

Zakat perniagaan PDC disampaikan Aziz kepada Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali sambil disaksikan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid yang juga Pengerusi ZPP.

Menurut Aziz, tahun lalu, PDC telah membuat sumbangan zakat berjumlah RM500,00.

Tambah beliau, penyerahan zakat perniagaan itu bukan sahaja melambangkan komitmen PDC terhadap tanggungjawab sebagai institusi korporat, malah untuk menyokong misi dan visi ZPP dalam memperkasakan umat Islam di Pulau Pinang.

Sementara itu, Mohamad berkata, zakat perniagaan adalah salah satu kewajipan dalam Islam yang perlu dilaksanakan oleh individu atau syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan.

“Penyerahan zakat ini bukan sahaja memenuhi tuntutan syariat Islam, tetapi juga memainkan peranan penting dalam menyokong golongan yang memerlukan dan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi ummah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI