fbpx

Malaysia sasar SDG 43 peratus menjelang 2030 – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2024 hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia mencatatkan kemajuan yang memberangsangkan dengan unjuran pencapaian 43 peratus sasaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjelang 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peratusan unjuran itu mengatasi purata unjuran pencapaian global pada kadar 17 peratus.

“Kerajaan Madani kekal berpegang teguh dengan sasaran indikator SDG negara yang seiring dengan sasaran Ekonomi Madani.

“Sementelahan pendekatan keseluruhan negara amat penting dalam mempergiat dan menambah baik inisiatif yang telah dirangka,”tulisnya di laman Facebook.

Terdahulu, Anwar memaklumkan bahawa beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2024 hari ini.

Menerusi mesyuarat itu katanya, beberapa perkara telah diberi penelitian dan dipersetujui termasuk kertas cadangan Pelan Strategik Environmental, Social and Governance (ESG) Kebangsaan.

Beliau berkata, pelan itu dirangka dalam usaha Kerajaan membawa entiti perniagaan Malaysia secara berfasa ke arah pematuhan dan pelaporan ESG hatta ke peringkat yang melangkaui tahap pematuhan sekaligus mewujudkan kelebihan kompetitif dan pembangunan mampan negara.

“Saya singgung keperluan memastikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tidak dibebankan dengan kos yang tinggi dalam usaha mematuhi garis panduan ESG.

“Justeru disarankan bantuan latihan penerapan ESG turut dilaksanakan oleh syarikat-syarikat tersenarai awam, multinasional dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Ini penting bagi menyokong PKS dalam rantaian nilai masing-masing, sayugia kementerian-kementerian yang berkaitan disaran untuk memperkukuh program latihan yang bersesuaian kepada entiti perniagaan yang disasarkan,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI