fbpx

Liga Super: PDRM FC ‘bedil’ KDN FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG PDRM FC, Ifedayo Olusegun (kanan) yang meledak hatrik terpaksa meninggalkan padang lebih awal apabila dilayangkan kad merah. - PDRM FC

KUALA LUMPUR – Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) terus dihimpit masalah prestasi apabila dibelasah PDRM FC 5-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.

Berbanding PDRM FC yang kembali menemui kemenangan, keputusan kali ini adalah kekalahan kelima berturut-turut dicatatkan KDN FC.

Ia juga menyaksikan skuad kendalian Park Jae-hong bolos 17 kali hanya dalam lima perlawanan.

Terdahulu, Ifedayo Olusegun memastikan PDRM FC memulakan aksi dengan cemerlang apabila membuka jaringan seawal minit kelima.

KDN FC cuba memberikan tentangan namun jaringan Umeir Aznan pada minit ke-22 dibatalkan kerana dikesan berada di kedudukan offside.

Pembatalan itu seakan beri tenaga tambahan buat PDRM FC, menyaksikan Ifedayo memastikan hatrik apabila melengkapkan dua gol lagi pada minit ke-32 dan 40.

Bagaimanapun khidmat Ifedayo hanya terhad di babak pertama apabila pemain kelahiran Nigeria itu dilayang kad merah pada masa kecederaan selepas dikesan memijak pertahanan lawan.

Kurang seorang pemain seakan tidak beri kesan besar buat PDRM FC yang menyaksikan bekas penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri Md Fauzi menambah dua lagi gol, masing-masing minit ke-66 dan 71.

Menyedari kelebihan besar yang dimiliki, pengendali The Cops, P Maniam buat keputusan merehatkan Shahrel Fikri dan Bruno Suzuki sekaligus menyaksikan kedudukan 5-0 kekal sehingga wisel penamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI