fbpx

Lelaki mengaku rempuh anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kemeja-T hitam) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan melanggar seorang anggota polis, November lalu.

Tertuduh, Muhamad Solehin Abdul Azih,31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melanggar anggota polis, Amir Ilyas berusia 27 tahun dengan kereta dengan mengetahui perbuatan tersebut boleh menyebabkan kematian.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Flat Taman Seruling Emas di Seberang Perai Selatan pada 4.26 pagi, 26 November lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah yang akan menetapkan satu tarikh kemudian untuk penjatuhan hukuman dan menunggu laporan perubatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI